Profil dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W

Dari Anas ibnu Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda "Barang siapa menghidupkan sunnahku maka dia telah mencintaiku, & barang siapa mencintaiku maka dia akan bersamaku di syurga" (HR.Thabarani)
Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib
Tarikh Lahir Nabi: 12 Rabiulawal Tahun Gajah

Nama Ibu susuan Rasulullah:
  • Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) 
  • Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]


Pengalaman bekerja Rasulullah: 

  • Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya. 
  • Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
  • Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mulai menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain, karena Baginda bukan termasuk orang yang berada.

    Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah

  • Berkata benar (siddiq) 
  • Dapat dipercayai (amanah)
  • Penyampai ajaran Islam (tabliq)
  • Bijaksana (fatanah)

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu: 

  • Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 Ramadan (610 M) 
  • Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
  • Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
  • Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
  • Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur, Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:

  • Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
  • Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
  • Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
  • Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)
   Itulah seulas biodata Nabi kita Muhammad SAW, Semoga kita belajar dan mengingati sirah dan sunnah Nabi supaya menjadi amalan dan panduan dalam hidup kita.

Profil dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Anonim

0 comments:

Posting Komentar